Saturday, March 20, 2010

Terkenang-kenang

POKOK-POKOK HIASAN





Suka tengok pokok-pokok yang hidup subur ni. Memang menyejukkan mata.

AMIR SYAFIQ


Ramai yang tanya mana gambar anak sulung kitorang. Ni nak perkenalkan anak sulung kami yang bernama Amir Syafiq.
Lahir pada 20/2/1997. Sekarang berumur 13 tahun dan bersekolah di SMK Sri Jengka. Kalau balik dari asrama mesti cover tengok cerita kartun. Tak pun main game komputer. Pemalu sikit nak bergaya depan kamera.
Yang sorang ni pelik sikit. Kalau suruh belajar ada je benda dia nak buat. Kuat tidur dan kuat menyakat adik-adik. Heran betul hobi dia ni. Tapi apa-apa pun dialah waris sulung kedua belah pihak.



Sunday, March 14, 2010

AYAM DAGING PULAK


Dah lama bela ayam kampung, teringin lak nak bela ayam daging.
Pagi tadi kami ke Pekan Sehari Temerloh, ternampak seorang apek dok jual anak ayam, anak itik, arnab dan lain-lain lagi.
Selepas ditawar harganya, kami pun beli 12 ekor anak ayam daging yang comel ni.
Bukan apa, kalau sape-sape datang rumah, kebetulan lauk takde apalagi ayam ni la kita korbankan. Tapi tunggu besarlah ye....
Ayam kampung pun ada dalam peliharaan kitorang. Tapi tak berapa rajin je nak gulaikan. Bukan apa, proses dia tu makan masa sikit. Sape rajin masak, boleh la datang



Wednesday, March 10, 2010

MENGIKUT JEJAK LANGKAH NABI MUHAMMAD

Nabi Muhammad pandai membawa diri walaupun masih kecil. Semasa tinggal dengan bapa saudaranya Abu Talib, Nabi Muhammad membantu meringankan beban bapa saudaranya itu dengan menggembala kambing.

Walaupun hidup yatim piatu, baginda tidak suka menjadi beban kepada keluarga yang ditumpanginya. Sebagai seorang insan yang bakal dilantik menjadi rasul akhir zaman, Nabi Muhammad s.a.w menjalankan pekerjaannya sebagai penggembala kambing dengan penuh amanah.




Antara kambing biri-biri yang dipelihara oleh En Roslan

Tuesday, March 9, 2010

SEBELUM DAN SELEPAS



BAITI JANNATI...... Ini ketika masih dalam pembinaan. Dan selepas beberapa bulan..........




Alhamdulillah...atas nikmat Allah s.w.t


Rasa sangat bersyukur dapat bina rumah sendiri. Mula mendudukinya pada Mei 2009 dan sebelum ini tinggal di kuarters guru.



Kini....disekeliling rumah......





Sunday, March 7, 2010

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Mulai Isnin 8 Mac 2010, semua murid sekolah rendah daerah Maran akan menduduki peperiksaan P1 2010. Seperti sekolah-sekolah lain, guru-guru SK Jengka Batu 13 juga tidak ketinggalan menasihati murid-murid agar mengulangkaji pelajaran di rumah.
Persediaan untuk menghadapi peperiksaan bukan sahaja dari segi pengetahuan ilmu semata-mata, tetapi juga melibatkan persediaan alatan-alatan seperti pensil, pembaris, pemadam, warna dan sebagainya.
Ini agar semua murid dapat menjawab peperiksaan dengan baik. Diharapkan ibubapa dan penjaga dapat memantau persediaan anak-anak agar mereka dapat hadir menduduki peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang. Insya-Allah.

Wednesday, March 3, 2010

Setinggi-tinggi penghargaan

Jutaan terima kasih kepada guru besar, penyelaras program dan semua guru serta kakitangan SK Jengka Batu 13 dari kami sekeluarga.

Ini gambar Amir Mukhriz dengan "mak-mak angkat"nya.

Dan ini gambar Amir Mukhriz selepas dicukur rambutnya


Terima kasih dari kami Roslan dan Nazirah

Maulidur Rasul

2 Mac 2010 - Panitia Pendidikan Islam SK Jengka Batu 13, Chenor telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Majlis dimulakan jam 8.00 pagi dengan perarakan semua guru dan kakitangan serta murid-murid. Perarakan diketuai oleh Ustaz Hasim bin Bakar yang juga pengerusi Panitia Pend Islam dengan membawa sepanduk yang dihasilkan oleh guru-guru dan kakitangan sambil berselawat.


Majlis diteruskan dengan tayangan slide kisah kehidupan nabi Muhammad s.a.w. dan pertandingan bercerita kisah nabi-nabi.

Selepas rehat majlis diserikan lagi dengan bacaan al-Quran oleh Qari sekolah iaitu adik Norman Hakim yang juga merupakan johan Tilawah Rendah Daerah Maran 2009. Selepas ucapan guru besar, pertandingan nasyid pula dijalankan. Kesemua peserta yang membuat persembahan telah menjadikan majlis ini lebih meriah.

Selepas persembahan murid-murid, 4 orang tenaga pengajar telah menunjukkan bakat berzanji. Majlis diserikan lagi dengan majlis potong jambul bayi Ustazah Nazirah yang berusia 4 bulan.




Semoga majlis keagamaan seperti ini dapat menerapkan nilai-nilai murni di kalangan generasi muda yang bakal menempuhi hidup yang penuh ranjau dan dugaan.

CONTOHILAH AKHLAK-AKHLAK MULIA RASULULLAH S.A.W